Saturday, July 31, 2010

Ke mana hilangnya budi pekerti itu?

salam...
semalam saya telah mengikuti kursus protokol di EDCUUM

Namun, taktala makanan sampai dan mula untuk dimakan,
seorang perempuan sebaya yang duduk berselang satu kerusi dengan saya kelihatan marah.
kelihatan seperti semua orang dimeja tersebut telah salah mengambil makanan.

alangkah malunya apabila penganjur datang ke meja kami dan bertanyakan kejadiaan yang sedang berlaku..
dia tidak habis-habis dengan kasarnya dan hilangnya pekerti tersebut menyuarakan ketidakpuasan hatinya dengan nyaring sekali.

akhirnya, penganjur sekadar menggelengkan kepala mungkin kerana ketidakmatangan mahasiswa tersebut.

Saturday, July 24, 2010

tak lena tidurku

membayangkan hari ini ada kelas tutorial, maka lena pun tak nyenyak..
makan pun tak kenyang..
alahai tutorial, kenapalah perlunya disaat awal pagi :(

tapi, bagaimanapun ia, perlu digagahi..
tak kira berapa lama lagi masa menanti..
teruskan usahamu
tinggal 2 sem saja lagi..

6 sem yang lalu telah ditempuhi,
tempuhi la pula sem yang mendatang ini dengan baik :)

Tuesday, July 20, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat pagi Malaysia :)

Apa itu kata si dia,
mereka pula memaling ke sana,
tunjuk dan ajar sangat dipinta,
pada cikgu nasrol, tempat bertanya.

mari kita menuai padi,
harap-harap padi menjadi,
mari kita bersatu hati,
agar ilmu mudah diberkati.

Pelajar itu boleh diganti,
tetapi guru jarang sekali,
saya ingin mengundur diri,
ada masa, bersua lagi :)