Friday, August 13, 2010

sahabat terawal atau sahabat terakhir?

sahabat terawal atau sahabat terakhir?
yang mana menjadi pilihan hatimu?
sahabat ini memang penting.
tetapi sejauhmanakah persahabatan itu?

sahabat terawal atau sahabat terakhir?
jika dipilih sahabat terawal,
walaupun pada mulanya bagai isi dan kuku,
namun, apabila pergaduhan tercetus,
persahabatan itu akan musnah.
segala isi hati dan rahsia diri menjadi bukan rahsia lagi.
perginya mungkin tak akan kembali lagi,
kerana permusuhan yang menjadi semakin nyata kini.

sahabat terawal atau sahabat terakhir?
jika memilih sahabat terakhir,
biarpun pilihan itu yang terakhir,
dahulunya bagai angin sepoi-sepoi bahasa sahaja,
namun ia paling terbaik di dalam kehidupan.
biarpun dahulunya sahabat yang terakhir itu adalah musuh,
tetapi sebenarnya,
sahabat terakhir lebih baik dari sahabat terawal yang kini menjadi musuh sejati.
kadang kala manusia alpa,
pertelingkahan sesama sahabat adalah kerana mulut yang binasa.
datangnya dari pelbagai bentuk.
datangnya kerana nafsu
dan datangya kerana tamak.

sahabat terawal atau sahabat terakhir?
mereka sama-sama manusia.
sama-sama punya hati dan perasaan.
sama-sama ingin hidup bebas.
sama-sama punyai hasad dengki,
sama-sama punya harga diri.
sama-sama ingin berbakti.
maka...
pada sahabat terawal mahupun sahabat terakhir,
tak usahalah buka pekung didada sendiri.
biarlah ia menjadi rahsia hidupmu sendiri.

sahabat terawal atau sahabat terakhir?
tidak kisahlah dimana pertemuan dan perpisahan itu bermula,
tetapkan pendirian.
yang rahsia dan yang aib biar hanya kita yang tahu.
yang gembira dan yang bahagia biarlah dikongsi.
sahabat terawal atau sahabat terakhir itu,
berdoalah moga persahabatan itu tidak bertukar menjadi musuh.

sahabat terawal atau sahabat terakhir?
adalah bagus jika persahabatan hanya sekadar sahabat.
bersahabat dengan semua.
tanpa mengira warna kulit,
tanpa mengira darjat,
tanpa mengira usia dan sebagainya,
itulah namanya sahabat sejati..
sahabat terawal dan terakhir selamanya.

****************************

CIRI-CIRI PENULISAN KREATIF:
1) Menggunakan bahasa kiasan = walaupun pada mulanya bagai isi dan kuku

2) Menggunakan Ragam Aktif = sahabat terawal atau sahabat terakhir?

3) Bersifat Komunikatif = berdasarkan sajak diatas, semua orang mengalami perasaan bila bersahabat. justeru, ada yang baik apabil bersahabat namun jangan keterlaluan hingga membawa kepada perkara aib.

4) Menggunakan wacana Pelukisan = menggambarkan yang mana satu menjadi pilihan sama ada sahabat terawal atau sahabat terakhir.

5) Bersifat imiginatif dan figuratif = dahulunya bagai angin sepoi sepoi bahasa sahaja (personafikasi)
=sama-sama punya hati dan perasaan.
sama-sama ingin hidup bebas.
sama-sama punyai hasad dengki,
sama-sama punya harga diri.
sama-sama ingin berbakti. (anafora)

Saturday, August 7, 2010

Mee Soto Itu :)

Mee soto itu,

Rasanya sangat nikmat

Ku tak rasakan bahawa aku berada ditempat yang sesak.

Damai, tenang menikmati mee soto itu.

Mee soto itu,

Rasanya menggembirakan perasaanku,

Hatiku berlari laju

Cuba perlahan-lahan menikmati waktu

Saat mee soto masuk ke dalam mulutku.

Mee soto itu,

Harumannya sungguh enak,

Rasannya sangat gebu

Bagai ditelan waktu

saat aku menghabiskan mee soto enak itu.

Mee soto itu,

Buatannya sungguh halus,

Tidak pedas dan tidak tawar,

Buatannya menepati citarasaku,

Aku merindui saat aku jauh denganmu.

Mee soto itu,

Mententeramkan jiwaku,

Rasanya sukar digambarkan,

Aku bagai melangkah dalam alamku sendiri,

Gelak tawa disekeliling sudah tidak ku hiraukan

Kerana mee soto itu.

Mee soto itu,

Buatku tak bangun dari tempatku,

Melayar rasa dengan berlagu,

lalu,

Puitis cinta ini ku serahkan buat pencipta mee soto itu .

Tuesday, August 3, 2010

Sambungan daripada blog cikgu NAsrol :)

Salam :)
Saya ingin berkongsi dan ianya sekadar tambahan kepada entri cikguSBLM 1023 saya.
(http://nasrolhadi.blogspot.com)

Bagi saya, bahasa itu sememangnya penting.
Melalui bahasa, kita dapat melihat sesuatu masyarakat atau norma kehidupan bangsa tersebut.

Kenapa pentingnya bahasa?
Supaya manusia kenal apa yang baik dan buruk
dan supaya manusia sentiasa berfikir apa yang perlu dilontarkan dan apa yang perlu disimpan.

[kini telah berlaku dekadensi dalam penciptaan lagu-lagu bahasa Melayu.. Mencampurkan lirik bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris telah menjadi wabak dalam industri tanah air. Apa pandangan anda tentang hal ini? Patutkah hal ini berlaku?]

Perkara di atas adalah soalan daripada cikgu.
pada pendapat saya, pencampuran bahasa tidaklah membawa kepada kemerosotan bahasa tersebut..
contohnya, dari dulu lagi, jika kita pergi ke pasar, membeli ikan dengan orang cina, kita akan bercakap pelat orang cina bukan kita bercakap bahasa melayu..
ianya sebenarnya sama sahaja dengan konsep pernyataan diatas.
cuma berbezanya dari segi bahasa inggeris + bahasa melayu di dalam lagu.

kita sebenarnya dapat belajar daripada bait-bait perkataan itu.
contohnya lagu Zee Avi yang menyanyikan lagu bercampur bahasa inggeris dan bahasa melayu dalam lirik lagunya, sebenarnya ia membawa impak yang agak besar dalam masyarakat.
katakan lagu itu sedap, kanak-kanak meminatinya,
maka, jika bahasa inggeris itu tidak difahami oleh meeka, mereka akan bertanyakan kepada orang yang lebih tua..

saya memberi 1 lagi contoh apabila fenomena lagu "ketahuan" dari kumpulan indonesia yang telah membuatkan kanak-kanak tahu setiap bait-bait lagu tersebut.
justeru, ianya merupakan satu perkara yang sebenarnya diluar jangkaan kita.

saya ambil contoh lain..
tidak semestinya lagu dibuat rojak (BI + BM).
namun, pelajaran matematik dan sains yang diajar dalam BI juga sebenarnya telah dirojakkan.
kenapa?
kerana guru akan menerangkan di dalam BM kerana sebahagian pelajar tidak memahami BI.
Justeru, konsepnya hampir sama tetapi fokus atau pemerhatian terhadap perkara tersebut agak berbeda.




*************************

BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN
SAYA BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN :)

..Kepulangan itu...

saya menanti kepulangan itu...
saya nak balik rumah..
nak jumpa mak ayah kerana hari ahad ini saya ada ujian pertengahan..
huhu :'(

sebenarnya, setiap kali musim peperiksaan,
saya akan pulang ke rumah..
memohon maaf dan mengambil keberkatan daripada kedua ibu bapa yang dicintai.

meminta agar mereka sentiasa berdoa buat anaknda ini..
kata ayahnda dan bonda, mereka selalu berdoa buat semua anak-anak mereka.
tiada kurang dan tiada lebihnya.

Itu memang benar.
Ayah dan mak tak pernah pilih kasih.
pandangan mata zaman kanak-kanak dulu sememangnya menyatakan bahawa mereka pilih kasih tetapi sebenarnya mereka membantu yang mana lebih perlu dibantu.
saya sebagai anak sulung, dilahirkan dalam keluarga yang bahagia ini mengakui bahawa anak sulung penuh dengan sifat berdikari..
tak lepas daripada pelbagai dugaan.
kerana itulah saya disini.
sebagai 'role model' pada semua adik-adik.

Iwan, Nurul, Aa dan Saiful,
dengarlah kata-kata kaklong.
Didunia ini,
Tak ada yang lebih baik melainkan keluarga.
Jika harta, keluarga boleh porak peranda.
maka, belajarlah kalian agar sentiasa bersyukur dan berusaha untuk mendapatkan harta dengan sendiri.
tak usah direbut harta orang tua kerana mereka jua berusaha mendapatkannya.
Tak usah berebut harta pusaka kelak nanti saudara entah ke mana.
Mak ayah telah mendidik kita..
talah mengasuh kita..
Gembirakan hati mereka..
Jika kalian tak dapat pulang ke rumah,
telefonlah mereka..
mereka mengharapkan panggilan walaupun seminit daripada kita..

Ramadhan bakal menjelma..
suasana itu tak dapat dirasa andai kita tak berkumpul sekali..
jauh berbeda seperti zaman kanak-kanak dahulu..
Sekarang, semuanya jauh di perantauan.
bagaimanapun, harapan kaklong ini,
kalian menjadi insan berguna untuk agama, keluarga, bangsa, dan negara.

Sunday, August 1, 2010

Tuah Ayam nampak dikaki..Tuah kita?

Benarkah kata-kata itu?
adakah kita bertuah hanya apabila kita memenangi cabutan bertuah?

sebenarnya,
pada pendapat saya,
tuah ini datang dari usaha..

cuba kita berusaha..
ini tidak..
masuk MLM dan pelbagai skim cepat kaya semata-mata mahukan tuah menjadi kaya.
penting sangat ke kaya dengan duit?


Jawapannya: zaman sekarang memang penting.
tetapi kaya dengan ilmu, kaya dengan adab, kaya dengan budaya, kaya dengan pengalaman, kaya dengan sopan santun, kaya dengan budi bahasa, kaya dengan kasih sayang, kaya dengan baik hati dan kaya dengan maruah jauh lebih PENTING.

*****************

Bertuahkah kita jika belajar di UUM?
Apa masalahnya sebenar?
kenapa perlekehkan gedung ilmu yang membawa tuah ini?
benar, ianya jauh di sintok, jauh dihulu.
tetapi inilah tuah kita..
bersyukurlah wahai manusia..
wahai teman..

masih ramai diluar sana yang kurang bernasib baik meneruskan pengajian di sini..
Mereka masih bertuah dan mungkin ada hikmahnya..

***************

Perlukah kita membodek pensyarah dengan anggapan bertuahnya kita merapati pensyarah?

tak sayang... jauh sekali..
jangan membodek pensyarah..
tak elok..
tak baik..
tak manis jika kamu berlainan jantina..

**********************

bertuahnya kita ini sebenarya datang dari hati..
cuba pejamkan mata.
selami perasaan sendiri..
bertuahkah kita?

Jawapan saya:
YA, SAYA BERTUAH..
KERANA SAYA KAYA DENGAN KASIH SAYANG DARI KELUARGA
KERANA SAYA TERLALU BAHAGIA DENGAN KEHIDUPAN INI TAKTALA MASALAH MASIH ADA
DAN SAYA BERTUAH KERANA ALLAH MEMPERMUDAHKAN SAYA DALAM SEGALA KERJA.

TERIMA KASIH TUHANKU, KELUARGAKU DAN TEMAN RAPATKU (-A-)

sEJAUHMANA DIRIKU MELANGKAH

Sejauhmana diriku melangkah,
itulah aku..
Sejauhmana aku berjalan,
itulah aku.

Ku pandang wajahmu,
ku tersenyum.
ku melihat kehadapan,
masih banyak perkara yang perlu diselesaikan.

Sejauhmana diriku melangkah,
hayunan kakiku sentiasa berirama.
taktala keletihan langkah itu,
ku berhenti seketika..
melihat terlalu pantas orang lain melangkah,
aku terus pantas mengekori mereka,
agar aku tidak ketinggalan jauh kebelakang.

Titik peluh itu mengalir dari perlahan menjadi begitu laju
aku gagahi jua.
bukan mudah mahu berjaya sampai ke destinasi itu
aku terus melangkah sehingga kini.
penat, resah dan suka duka berselang seli dalam pemikiranku,
tapi tak mengapa, sejauhmana diriku melangkah,
itulah takat yang termampu..

NAMUN, aku masih kuat untuk teruskan hingga nyawaku berakhir.

Pahlawan itu kesayangan Hamba

saya sangat sayangkan pahlawan itu..
taktala senyumanya terukir dibibir dan taktala tiada garis-garis kerut di dahinya.

pahlawan itu membesarkan saya dengan pelbagai onak dan duri..
pelbagai rintangan telah ditempuhi.
kini, pahlawan itu tetap mencari nafkah sementelah beliau bersara dari bidang ketenteraan.

pahlawan itu bercerita atas dasar pengalaman dan sejarah yang pernah dilaluinya..
ketika zaman komunis itu...
mereka, pahlawan itu juga rakan-rakan seperjuangannya menempuh saat-saat getir apabila menjaga maruah dan kedaulatan negara.

dari penceritaan tentang sejarah diri beliau,
terukir segaris nada geram bercampur bersyukur..
geramnya pada komunis yang jahanam itu
tetapi bersyukurnya kerana negara kini aman dan makmur.

bayangkan betapa sedihnya..
saat anggota sepasukannya terbunuh akibat perangkap daripada komunis...
sedih, pilu dan insaf menyelubungi hati taktala sejarah itu diputar kembali..
bait-bait kata daripada pahlawan itu menggugurkan sedikit demi sedikit air mata ini..

rakan yang terbunuh itu telah diseksa dengan kejamnya oleh komunis itu..
kemaluan arwah dipotong dan diletakkan didalam mulut arwah sendiri..
sedih mengenangkan pahlawan itu menghadapi saat-saat getir taktala diri ini masih belum wujud dan tidak tahu mengenai dunia ini..

rakan-rakan lain menarik mangsa dengan tali dari jauh..
bukan tidak berperikemanusiaan tetapi....
khuatir dibawah mangsa terdapatnya bom ataupun perangkap lagi..

pahlawan itu mengalirkan air matanya mengenang peristiwa lama..
kami yang mendengar turut sebak..
pahlawan itu...
dengarlah rintihan buah hatimu...
setahun lagi buah hatimu tamat pengajian...

saat itu, pahlawan kesayangan hamba harus ada disetiap sudut dan ruang kegembiraan terutama tika hamba mengambil segulung ijazah buat pahlawan itu..
jika....
jika waktu itu boleh ditukarkan..
hamba sanggup untuk tukarkan agar pahlawan itu yang mengambil segulung ijazah tanda sayangnya hamba pada pahlawan itu..