Sunday, August 1, 2010

Pahlawan itu kesayangan Hamba

saya sangat sayangkan pahlawan itu..
taktala senyumanya terukir dibibir dan taktala tiada garis-garis kerut di dahinya.

pahlawan itu membesarkan saya dengan pelbagai onak dan duri..
pelbagai rintangan telah ditempuhi.
kini, pahlawan itu tetap mencari nafkah sementelah beliau bersara dari bidang ketenteraan.

pahlawan itu bercerita atas dasar pengalaman dan sejarah yang pernah dilaluinya..
ketika zaman komunis itu...
mereka, pahlawan itu juga rakan-rakan seperjuangannya menempuh saat-saat getir apabila menjaga maruah dan kedaulatan negara.

dari penceritaan tentang sejarah diri beliau,
terukir segaris nada geram bercampur bersyukur..
geramnya pada komunis yang jahanam itu
tetapi bersyukurnya kerana negara kini aman dan makmur.

bayangkan betapa sedihnya..
saat anggota sepasukannya terbunuh akibat perangkap daripada komunis...
sedih, pilu dan insaf menyelubungi hati taktala sejarah itu diputar kembali..
bait-bait kata daripada pahlawan itu menggugurkan sedikit demi sedikit air mata ini..

rakan yang terbunuh itu telah diseksa dengan kejamnya oleh komunis itu..
kemaluan arwah dipotong dan diletakkan didalam mulut arwah sendiri..
sedih mengenangkan pahlawan itu menghadapi saat-saat getir taktala diri ini masih belum wujud dan tidak tahu mengenai dunia ini..

rakan-rakan lain menarik mangsa dengan tali dari jauh..
bukan tidak berperikemanusiaan tetapi....
khuatir dibawah mangsa terdapatnya bom ataupun perangkap lagi..

pahlawan itu mengalirkan air matanya mengenang peristiwa lama..
kami yang mendengar turut sebak..
pahlawan itu...
dengarlah rintihan buah hatimu...
setahun lagi buah hatimu tamat pengajian...

saat itu, pahlawan kesayangan hamba harus ada disetiap sudut dan ruang kegembiraan terutama tika hamba mengambil segulung ijazah buat pahlawan itu..
jika....
jika waktu itu boleh ditukarkan..
hamba sanggup untuk tukarkan agar pahlawan itu yang mengambil segulung ijazah tanda sayangnya hamba pada pahlawan itu..



No comments:

Post a Comment