Tuesday, August 3, 2010

Sambungan daripada blog cikgu NAsrol :)

Salam :)
Saya ingin berkongsi dan ianya sekadar tambahan kepada entri cikguSBLM 1023 saya.
(http://nasrolhadi.blogspot.com)

Bagi saya, bahasa itu sememangnya penting.
Melalui bahasa, kita dapat melihat sesuatu masyarakat atau norma kehidupan bangsa tersebut.

Kenapa pentingnya bahasa?
Supaya manusia kenal apa yang baik dan buruk
dan supaya manusia sentiasa berfikir apa yang perlu dilontarkan dan apa yang perlu disimpan.

[kini telah berlaku dekadensi dalam penciptaan lagu-lagu bahasa Melayu.. Mencampurkan lirik bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris telah menjadi wabak dalam industri tanah air. Apa pandangan anda tentang hal ini? Patutkah hal ini berlaku?]

Perkara di atas adalah soalan daripada cikgu.
pada pendapat saya, pencampuran bahasa tidaklah membawa kepada kemerosotan bahasa tersebut..
contohnya, dari dulu lagi, jika kita pergi ke pasar, membeli ikan dengan orang cina, kita akan bercakap pelat orang cina bukan kita bercakap bahasa melayu..
ianya sebenarnya sama sahaja dengan konsep pernyataan diatas.
cuma berbezanya dari segi bahasa inggeris + bahasa melayu di dalam lagu.

kita sebenarnya dapat belajar daripada bait-bait perkataan itu.
contohnya lagu Zee Avi yang menyanyikan lagu bercampur bahasa inggeris dan bahasa melayu dalam lirik lagunya, sebenarnya ia membawa impak yang agak besar dalam masyarakat.
katakan lagu itu sedap, kanak-kanak meminatinya,
maka, jika bahasa inggeris itu tidak difahami oleh meeka, mereka akan bertanyakan kepada orang yang lebih tua..

saya memberi 1 lagi contoh apabila fenomena lagu "ketahuan" dari kumpulan indonesia yang telah membuatkan kanak-kanak tahu setiap bait-bait lagu tersebut.
justeru, ianya merupakan satu perkara yang sebenarnya diluar jangkaan kita.

saya ambil contoh lain..
tidak semestinya lagu dibuat rojak (BI + BM).
namun, pelajaran matematik dan sains yang diajar dalam BI juga sebenarnya telah dirojakkan.
kenapa?
kerana guru akan menerangkan di dalam BM kerana sebahagian pelajar tidak memahami BI.
Justeru, konsepnya hampir sama tetapi fokus atau pemerhatian terhadap perkara tersebut agak berbeda.




*************************

BUAH CEMPEDAK DILUAR PAGAR,
AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN
SAYA BUDAK BARU BELAJAR,
KALAU SALAH TOLONG TUNJUKKAN :)

2 comments:

  1. Satu blog yang mempunyai banyak makna tersurat dan tersirat seorang hamba Allah swt, yang juga mahasiswi IPTA..

    Diharapkan tabah dengan setiap dugaan dan cabaran..
    Dan ini semua akan lebih mematangkan kita dalam setiap tindak tanduk perbuatan,tingkahlaku dan keputusan yang di buat..

    Apapun, Selamat Maju Jaya..
    From AK

    ReplyDelete
  2. AK: Terima Kasih kerana sudi melihat dan meninjau blog ini

    saya akan cuba memeperbaiki kelemahan dari sudut penulisan :)

    ReplyDelete