Saturday, August 7, 2010

Mee Soto Itu :)

Mee soto itu,

Rasanya sangat nikmat

Ku tak rasakan bahawa aku berada ditempat yang sesak.

Damai, tenang menikmati mee soto itu.

Mee soto itu,

Rasanya menggembirakan perasaanku,

Hatiku berlari laju

Cuba perlahan-lahan menikmati waktu

Saat mee soto masuk ke dalam mulutku.

Mee soto itu,

Harumannya sungguh enak,

Rasannya sangat gebu

Bagai ditelan waktu

saat aku menghabiskan mee soto enak itu.

Mee soto itu,

Buatannya sungguh halus,

Tidak pedas dan tidak tawar,

Buatannya menepati citarasaku,

Aku merindui saat aku jauh denganmu.

Mee soto itu,

Mententeramkan jiwaku,

Rasanya sukar digambarkan,

Aku bagai melangkah dalam alamku sendiri,

Gelak tawa disekeliling sudah tidak ku hiraukan

Kerana mee soto itu.

Mee soto itu,

Buatku tak bangun dari tempatku,

Melayar rasa dengan berlagu,

lalu,

Puitis cinta ini ku serahkan buat pencipta mee soto itu .

5 comments:

  1. salam..
    mee soto itu? sangat kreatif walaupun berkisar tentang makanan membuatkan saya rindu akan sesuatu.salam ukhwah. ^_^

    ReplyDelete
  2. Wsalam..aha..rindu mee soto itu...sebab aromanya sungguh enak :)

    ReplyDelete
  3. mi atau mee?

    farihana..
    pemilihan diksi yang menarik tentang makanan..

    apatah lagi ketika di bulan ramadan..

    salam ramadan

    ReplyDelete
  4. bahasa yang digunakan amat indah.. terasa seperti kita yang sedang merasai kenikmatan dan kelazatan mee soto yang diceritakan didalam nukilan ini... ni boleh buat orang pecah puasa ni.. :) teruskan usaha anda farihana.

    ReplyDelete
  5. Amerfawwaz: Terima kasih... herm, sememangnya mee soto itu sungguh sedap..jemput datang raya dirumah untuk menikmatinya :)

    Cikgu Nasrol Hai: Mi ke Mee? entahla..nanti saya cari lain.. sebenarnya, hasil ini tercetus sebelum ramadhan lagi tika saya sedang menikmati mee soto yang sunggub enak itu dan sukar digambarkan jika tidak merasainya.

    ReplyDelete