Mee soto itu,
Rasanya sangat nikmat
Ku tak rasakan bahawa aku berada ditempat yang sesak.
Damai, tenang menikmati mee soto itu.
Mee soto itu,
Rasanya menggembirakan perasaanku,
Hatiku berlari laju
Cuba perlahan-lahan menikmati waktu
Saat mee soto masuk ke dalam mulutku.
Mee soto itu,
Harumannya sungguh enak,
Rasannya sangat gebu
Bagai ditelan waktu
saat aku menghabiskan mee soto enak itu.
Mee soto itu,
Buatannya sungguh halus,
Tidak pedas dan tidak tawar,
Buatannya menepati citarasaku,
Aku merindui saat aku jauh denganmu.
Mententeramkan jiwaku,
Rasanya sukar digambarkan,
Aku bagai melangkah dalam alamku sendiri,
Gelak tawa disekeliling sudah tidak ku hiraukan
Kerana mee soto itu.
Mee soto itu,
Buatku tak bangun dari tempatku,
Melayar rasa dengan berlagu,
lalu,
Puitis cinta ini ku serahkan buat pencipta mee soto itu .
salam..
ReplyDeletemee soto itu? sangat kreatif walaupun berkisar tentang makanan membuatkan saya rindu akan sesuatu.salam ukhwah. ^_^
Wsalam..aha..rindu mee soto itu...sebab aromanya sungguh enak :)
ReplyDeletemi atau mee?
ReplyDeletefarihana..
pemilihan diksi yang menarik tentang makanan..
apatah lagi ketika di bulan ramadan..
salam ramadan
bahasa yang digunakan amat indah.. terasa seperti kita yang sedang merasai kenikmatan dan kelazatan mee soto yang diceritakan didalam nukilan ini... ni boleh buat orang pecah puasa ni.. :) teruskan usaha anda farihana.
ReplyDeleteAmerfawwaz: Terima kasih... herm, sememangnya mee soto itu sungguh sedap..jemput datang raya dirumah untuk menikmatinya :)
ReplyDeleteCikgu Nasrol Hai: Mi ke Mee? entahla..nanti saya cari lain.. sebenarnya, hasil ini tercetus sebelum ramadhan lagi tika saya sedang menikmati mee soto yang sunggub enak itu dan sukar digambarkan jika tidak merasainya.